Winnie Wong

Winnie Wong
Unit: S1
Major: Bahasa Cina (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

Thursday, April 1, 2021

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto


Saya telah menyediakan kotak, tripod stand, tumbuhan kecil, dan satu dinding yang bersih. Saya telah mencari kawan saya untuk menjadi model saya. Saya menggunakan 1 jam untuk menyediakan semua bahan dan menjalankan proses pengambilan foto.


Peralatan yang digunakan:


Contoh Foto Mini Studio:





Thursday, March 4, 2021

Penghasilan karya pameran


    Sebelum mengambil gambar, saya telah merancang satu sesi penggambaran fotografi yang bertemakan kesedaran penjagaan alam sekitar. Saya telah mencari maklumat tentang kesedaran penjagaan alam sekitar. Saya juga mencari banyak contoh gambar alam sekitar. Saya telah memperolehi idea daripada gambar alam sekitar. 

    Saya telah mengambil gambar di dua lokasi iaitu taman, kawan luar rumah dan kilang. Saya mengambil gambar pada awal pagi dan petang. Dalam proses pemgambilan gambar, saya telah menguasai teknik komposisi.

                                    

                                        






Ini merupakan gambar yang saya memilih untuk tugasan 2.

 


    Saya telah memilih beberapa keping gambar yang cantik dan minta pandangan daripada pensyarah. Pensyarah telah memberi pandangan yang baik kepada saya. Saya mengaplikasikan dan mengambil gambar yang paling sesuai. Saya juga melakukan post processing bagi gambar yang telah pilih. Seterusnya, saya mencetak dan membingkaikan gambar dalam saiz 5R dan 8R di kedai fotografi.


Tuesday, February 23, 2021

Amali 12: Shape and Form


 Pada 18/2/2021, saya telah belajar tentang komposisi Shape and Form. Shape merupakan bentuk objek yang dalam bentuk 2D manakala Form merupakan objek dalam 3D yang dicipta oleh cahaya.


Gambar Orange diambil dari atas ke bawah. Orange ini diletakkan di atas meja. Bentuk orange yang berbentuk bulat dapat dilihatkan dengan jelas.




Saya juga meletakkan orange di bawah matahari. Apabila cahaya dipancarkan pada orange, sebahagian orange telah menghadapi cahaya, bayang telah dihasilkan dan mewujudkan kesan 3D.




Monday, February 22, 2021

Amali 11: Framing


 Pada 12/2/2021, saya telah belajar komposisi Framing dalam kelas online. Saya telah menjalankan aktiviti amali. Framing merupakan sejenis komposisi fotografi yang menggunakan sesuatu untuk menghalang objek lain dalam gambar dan memokus pada objek utama.





Amali 10: Pattern


 Pada 18/2/2021, saya telah belajar tentang Pattern and Texture. Pattern merupakan corak berulangan yang mempunyai gabungan motif. Texture adalah perasaan sentuhan pada sesuatu objek dan ia fokus pada buturan semula jadi alam sekitar.


Berikut hasil amali saya dengan mengaplikasi Komposisi Pattern dan Texture.


Lantai Papan

Wednesday, February 17, 2021

Amali 9- Lines


Pada hari 17/2/2021, saya telah belajar tentang komposisi Lines. Leading Line adalah garis yang muncul dalam foto yang telah dibingkai dan diposisikan oleh jurugambar. Leading lines adalah salah satu elemen estetika yang dapat kita temukan di mana saja. Kita hanya butuh pengalaman dan kreatifitas untuk memadukan elemen tersebut bersama elemen-elemen lain untuk membuat foto yang indah, cantik, kuat, dan berkarakter.


Berikut adalah gambar yang saya ambil di sekitar rumah.


Gambar ini menunjukkan rumah berada di kiri dan padang berada di kanan manakala jalan berada di tengah. Dari segi penglihatan, Ini mewujudkan lokasi statik tetapi ia juga mengandungi perjalanan yang mengikut panjangnya. Garis melintang dapat diperhatikan dan memberikan perspektif yang semakin jauh.

Amali 8: Rule of Thirds


Pada hari 17/2/2021, saya telah belajar tentang komposisi ule of Third. Komposisi merupakan asas untuk shoot gambar. Seorang jurugambar akan mengaturkan objek di persimpangan agar foto menjadi lebih seimbang dan membolehkan penghayat untuk berinteraksi dengan secara lebih semula jadi.


Berikut adalah gambar yang saya ambil di sekitar rumah.


Teknik Close Up + Rule Of Third



Teknik Low Angle +Rule of Third 


Teknik Close Up + Rule of Third



Tuesday, February 16, 2021

Amali 7: Night Fotography


 Pada 16/7/2021, saya telah belajar tentang night fotography. Saya telah mencuba mengambil gambar semasa bermain firework. Saya telah meninggikan ISO kerana malam kurang cahaya. Saya juga guna shuter speed yang rendah untuk menangkap gambar yang cantik. Berikut merupakan hasil amali saya.


Aperture:f/1.79

Shutter Speed: 1/100

ISO: 2000

Lens: 4.74mm

Pada kali pertama saya mengambil gambar, saya telah menggunakan shutter speed yang tinggi, ini menyebabkan saya tidak dapat menangkap firework yang jelas. Selain itu, saya perlu menambah ISO supaya muka saya dapat dinampak.



Aperture:f/1.79

Shutter Speed: 1/50

ISO: 2560

Lens: 4.74mm

Setelah saya menggunakan ISO dan shutter speed yang sesuai, saya mendapat gambar yang cantik. Oleh itu, semasa kami menangkap gambar pada malam, kami perlu meninggikan ISO dan menggunakan shutter speed yang rendah untuk menangkap gambar yang mempuyai kelajuan tinggi.

Wednesday, February 10, 2021

Proses Pembelajaran Teknik Fotografi


Proses Pembelajaran Teknik Fotografi

Sebelum saya menjalankan tugasan 1 untuk mengambil 10 set gambar, saya telah mencari dan membaca maklumat tentang teknik dan komposisi fotografi. Selepas saya mencari maklumat, saya telah memilih 10 teknik fotografi untuk mengambil gambar. Saya telah menggunakan 3 hari untuk menangkap gambar dan memilih gambar yang terbaik. Oleh sebab perjalanan Mco di kampung saya, jadi saya tidak dapat pergi ke taman atau tempat lain, jadi saya telah mengambil gambar di kawasan rumah saya. Ini telah memcabar saya untuk mengambil gambar yang membawa tema menjada dan memulihari alam sekitar. Jadi, saya perlu kreatif dan mengambil perlbagai jenis sudut untuk mengambil gambar yang sesuai. 


Berikut merupakan beberapa lokasi yang saya pilih untuk mengambil gambar.

Di taman bunga

Di belakang rumah saya

Di tepi jalan


Wednesday, February 3, 2021

Amali 6- Panning


Panning merupakan teknik fotografi yang digunakan untuk membekukan gerakan pada objek yang bergerak. Cara melakukan panning adalah dengan meggerakkan kamera searah dengan arah gerakan objek yang ingin difokuskan sehingga objek difokuskan sementara background menjadi kabur. Saya telah menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar dengan menggerakkan telefon bimbit saya. Ini telah menambahkan kesukaran untuk mengambil gambar yang saya nak. Saya telah mencuba banyak kali dan akhirnya saya berjaya menghasilkan satu gambar yang menunjukkan arah objek yang difokuskan dan backgrund menjadi kabur. 


Pada 3/2/2021 Saya telah berlatih mengambil gambar semasa adik saya memandu kereta.

Aperture: f/1.79

Shutter speed: 1/40

ISO: 1650

Lens: Macro lens




Amali 5: Shutter Speed


Pada 3 Februari 2021, saya telah belajar menggunakan shutter speed semasa mengambil foto. SHutter speed dibahagikan kepada 2 jenis iaitu high speed dan slow speed. Kecepatan shutter akan berpengaruh pada gambar yang dihasilkan.


Lokasi: Taman bunga

Cuaca: Hujan

Masa: 3:50 pm

Aperture: f/1.79

ISO: 100


Berikut merupakan hasil foto dengan shutter speed yang berbeza:


Shutter Speed 1/15




Shutter Speed 1/640

                                                

Amali 4: ISO


 Pada 3 Februari 2021, saya telah menjalankan amali mengambil foto dengan ISO yang berbeza iaitu 100, 320 dan 1000. Dalam amali ini daya mendapati bahawa ISO memberi kesan yang ketara kepada sesuatu foto.

Lokasi: taman bunga

Cuaca: Cerah

Masa: 7:20 am

Aperture: f/1.79

Hutter Speed: 1/30


Berikut merupakan hasil foto dengan ISO yang berbeza:

100







320

                                                   

1000