Winnie Wong

Winnie Wong
Unit: S1
Major: Bahasa Cina (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

Unsur dan prinsip seni

CAHAYA 

  • Cahaya boleh diperolehi dari sumber semulajadi seperti dari cahaya matahari, ataupun dari sumber buatan seperti cahaya dari lampu atau flash kamera. 
  • Bahan medium perakam mestilah didedahkan kepada jumlah cahaya yang berpadanan. Terlalu sedikit pendedahan (exposure) akan menghasilkan gambar yang gelap, manakala terlalu banyak pendedahan akan menghasilkan gambar yang terlalu terang. 
  • Jurugambar perlu mengetahui cara-cara untuk mengawal cahaya yang masuk bagi menghasilkan gambar yang bermutu. Pendedahan ini boleh dikawal dengan shutter dan appature.

GARISAN
  • Garisan merupakan unsur penting dalam setiap penghasilan imej fotografi.
  • Dengan menggunakan garisan anda mampu menunjukkan keluasan, jarak dan perspektif pada satu-satu gambar. 
  • Garisan juga mampu memandu pandangan audien.
  • Terdapat berbagai jenis garisan di persekitaran kita, namun yang paling ketara adalah garisan melintang (horizontal), menegak (vertical) dan menyerong (diagonal).
  • Jenis-jenis garisan lain termasuklah bengkang-bengkok, serabut, bulat, berpintal, beralun, bergerigi, zigzag dan sebagainya.
  • Jurugambar yang baik kerap menggunakan garis pada karya-karya mereka untuk membawa perhatian pemerhati pada subjek utama.
  • Garis juga dapat menimbulkan kesan kedalaman dan memperlihatkan gerak pada gambar.
  • Ketika garis-garis itu sendiri digunakan sebagai subjek, yang terjadi adalah gambar yang menarik perhatian.

RUPA
  • Rupa merupakan salah satu formula yang paling mudah yang boleh membuat sebuah gambar menarik perhatian adalah dengan memberi keutamaan kepada sebuah elemen visual.
  • Kita umumnya menganggap shape sebagai outline yang tercipta kerana sebuah shape terbentuk, pada intinya, subjek foto, gambar dianggap memiliki kekuatan visual dan kualiti abstrak. 
  • Untuk membuat shape menonjol, anda harus mampu memisahkan shape tersebut dari lingkungan sekitarnya atau dari latar belakang yang terlalu ramai. 
  • Untuk membuat kontras kuat antara shape dan persekitaran yang membentuk shape tersebut. 
  • Kontras ini boleh terjadi sebagai akibat dari perbezaan gelap terang atau perbezaan warna. 
  • Sebuah shape tentu saja tidak berdiri sendiri. Ketika masuk kedalam sebuah pemandangan yang mengandungi dua atau lebih shape yang sama, kita juga dapat meng-crop salah satu shape untuk memperkuat kualiti gambar. 
  • Kita boleh ambil contoh gambar yang mengandungi unsur shape adalah gambar shilouette, foto tersebut membandingkan objek yang dalam keadaan terang dan gelap di mana objek yang gelap atau tidak terkena cahaya atau objek di depan cahaya itu akan membentuk shape.

TEKSTUR

  • Sebuah gambar dengan gambar tekstur yang menonjol dapat merupakan sebuah bentuk kreatif dari shape atau pattern. Jika mencukupi, tekstur akan memberikan realisme pada gambar, membawa kedalaman dan kesan tiga dimensi ke subjek anda. 
  • Tekstur dapat dilihat jelas pada dua sisi yang berbeza. Ada tekstur yang dapat dijumpai bila kita mendekatkan diri pada subjek untuk memperbesar apa yang kita lihat, misalnya bila kita ingin mengambil gambar tekstur permukaan sehelai daun. Ada pula saat di mana kita harus ke belakang kerana subjek yang kita tuju adalah pemandangan yang sangat luas. 
  • Tekstur juga muncul ketika cahaya menerpa sebuah permukaan dengan sudut rendah, membentuk bayangan yang sama dalam area tertentu. 
  • Mengambil gambar tekstur dianggap berjaya bila pemotret dapat menyampaikan sedemikian rupa sehingga pemerhati foto seolah dapat merasakan permukaan tersebut apabila menyentuhnya. Sama seperti pattern, tekstur yang baik dipaparkan dengan beberapa variasi dan nampak melebar hingga keluar batas gambar.

CORAK 


  • corak yang berupa pengulangan shape, garis dan warna adalah elemen visual lain yang boleh menjadi unsur penarik perhatian utama. 
  • Pengulangan itu menimbulkan kesan ritmik dan harmoni dalam gambar. Tapi, terlalu banyak keseragaman akan mengakibatkan gambar menjadi membosankan. 
  • Rahsia penggunaan pattern adalah menemukan variasi yang mampu menangkap perhatian pemerhati. 
  • CORAK biasanya paling baik diungkapkan dengan merata. Walaupun pencahayaan dan sudut bidikan kamera membuat sebuah gambar cenderung kurang kesan kedalamannya dan memungkinkan sesuatu yang berulangkali menjadi menonjol.

0 comments:

Post a Comment