Winnie Wong

Winnie Wong
Unit: S1
Major: Bahasa Cina (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

Komposisi

Komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik. Berikut ialah unsur komposisi yang sering digunakan semasa mengambil gambar.


1. Titik Fokus

2. Rule of Third

Ini merupakan asas untuk shoot gambar. Seorang jurugambar akan mengaturkan objek di persimpangan agar foto menjadi lebih seimbang dan membolehkan penghayat untuk berinteraksi dengan secara lebih semula jadi.


3. Keseimbangan
  • Keseimbangan tak simetri atau tidak formal biasnya dipandang lebih menyenangkan dalam merakam atau pengimejan fotografi.
  • meletakkan subjek utama OFF CENTRE dan mengimbangkannya dengan WEIGHT (pemberat), objek lain (lebih kecil atau kesan yang rendah (lower impact) akan menjadi lebih berkesan daripada meletakan subjek itu di tengah-tengah. 
  • Walaubagaimanapun keseimbangan simetri atau formal masih tetap dapat menyampaikan mesej dan impak dengan jelas dan menyenangkan andainya kena pada tempatnya dan cara penggunaanya.


4. Leading Line

Leading Line adalah garis yang muncul dalam foto yang telah dibingkai dan diposisikan oleh jurugambar. Leading lines adalah salah satu elemen estetika yang dapat kita temukan di mana saja. Kita hanya butuh pengalaman dan kreatifitas untuk memadukan elemen tersebut bersama elemen-elemen lain untuk membuat foto yang indah, cantik, kuat, dan berkarakter.


 
Garis Melintang(Horizontal Lines )


  1. Kontras/perbandinan \memainkan peranan yang besar di dalam mendefinasikan garisan secara penglihatan/visual.
  2. Perbandingan antara cahaya dan pembayang, antara bahagian warna yang berbeza, antara tektur, antara bentuk-bentuk dan sebagainya
  3. Ini mewujudkan lokasi statik (tidak bergerak/kaku) tetapi ia juga mengandungi bahagian/ciri arahan yang dinamik dan perjalanan/pergerakan yang mengikut panjangnya.
  4. Garis melintang menunjukan kestabilan (kekukuhan), keberatan, ketenangan dan ketentraman.


Garis Menegak ( Vertical Lines.)
  1. Ia adalah komponen utama dalam imej sususk rangka tubuh manusia dan pokok.
  2. Arahnya dalah mengikut tarikan graviti.
  3. Ia mempunyai rasa mengesan kelajuan dan pergerakan.

Lengkuk S ( S Curve )
  1. Jika lengkuk C dan garisan-garisan yang lain ada pergerkan sehala yang bertuju ke satu arah, lengkuk S pula mempunyai pergerakan yang berlawanan arah tetapi masih menuju ke satu hala.
  2. Lengkuk S juga mencerminkan pergerkan yang harmoni.


5.  Corak ( Pattern)


  1. Di bentuk dan berulang kali dan dihubungkan dengan kawasan bukan arah.
  2. Kualiti terbaik corak adalah merangkumi kawasan.
  3. Gambar yang menunjukan corak yang paling berkesan adalah yang berlanjutan kepada pepenjuru bingkai.

Dalam lain perkataan, meletakan subjek utama off centre dan mengimbangkannya dengan weight (pemberat), objek lain (lebih kecil)atau kesan yang rendah (lower impact) akan menjadi lebih berkesan daripada meletakkan  subjek itu di tengah-tengah.


Jenis-jenis Shot

  • CU (Close Up): Shot yang menampilkan dari batas bahu sampai atas kepala.
  • MCU (Medium Close Up): Shot yang menampilkan sebatas dada sampai atas kepala.
  • BCU (Big Close Up): Shot yang menampilkan bahagian tubuh atau benda tertentu sehingga tampak besar. Misal: wajah manusia sebatas dagu sampai dahi.
  • ECU (Extreme Close Up): Shot yang merakamkan bahagian subjek dengan teliti. Misalnya mata, hidung, atau telinga.
  • MS (Medium Shot): Shot yang merakamkan dari bahagian pinggang sampai ke atas kepala.
  • TS (Total Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan objek.
  • ES (Established Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan pemandangan atau suatu tempat untuk menangkapkan keseluruhan tempat di mana peristiwa atau adegan itu berlaku.
  • LS (Long Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan subjek, memantapkan semua elemen dalam gambar termasuk latar belakang dan latar depan.
  • WS (Wide Shot): Pada Wide Shot, objek utama yang diambil memenuhi frame dan meninggalkan sedikit ruang kosong pada bahagian atas dan bahagian bawah subjek.
  • Two Shot: Shot yang merakamkan wajah dua orang.

0 comments:

Post a Comment