Winnie Wong

Winnie Wong
Unit: S1
Major: Bahasa Cina (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

Penggunaan dan Pengendalian

 1. Pegang kamera dengan kejap.

Kerapkali kita lihat gambar yang cantik tetapi kabur – sebabnya tangan yang bergoyang ketika mengambil gambar.  Pegang kamera anda dengan kejap bila melepaskan pengatup.  Cara memegang kamera yang betul boleh mengelakan masaalah gambar kabur. Berdiri dengan kaki terbuka selebar bahu. Salah satu kaki anda ke hadapan sedikit. Rapatkan siku ke badan anda semasa meletakan kamera di mata. Tarik nafas , tahan dan lepaskan pengatup mengunakan bahagian “perut” hujung jari telunjuk anda. Jangan lupa bawa “tripod” jika anda buat tugasan luar.

 

2. Memahami kamera anda

Kamera dan peralatan anda ada had dan keupayaannya sendiri.  Ini amat ketara sekali jika anda menggunakan kamera kompek.  Sering pengguna kamera kompek terperangkap apabila mengambil gambar terlalu dekat.   Elakan jarak kurang dari 1.5 meter apabila mengambil gambar dengan menggunakan kamera kompek.  Begitu juga jangan sekali-kali mengambil gambar melebihi jarak 2.5 meter bila menggunakan denyar kalau anda menggunakan filem ISO 100.

Parallex error” juga merupakan perangkap maut pengguna kamera kompek.  Bila anda melihat dalam pemidang tilek, semuanya OK !   Bila gambar dah siap, ada yang tidak berkepala atau separuh kepala hilang.

Kamera autofokas SLR juga bermasaalah kalau kita tidak faham kerenahnya.  Semua kamera autofokas tidak boleh memokas kalau tiada kontras.  Cuba fokas pada siling yang putih bersih atau baju berwarna hitam.  Sampai esoklah jawabnya kamera anda berpusing-pusing mencari titik fokasnya.

 

3.    Beri perhatian arah kedudukan matahari.

Jangan sekali-kali mengambil gambar menghadap matahari jika anda tidak tahu mengawal keadaan itu atau kamera anda tidak membolehkan anda mengawal keadaan tersebut.  Jika bertembung dengan situasi ini, bergeraklah untuk menjadikan matahari berada dikiri atau kanan subjek anda.  Gambar anda akan lebih menarik nanti.

 

4  Kesedaran terhadap ruang

Berikan ruang  bergerak untuk subjek anda. Anda hendaklah memberikan ruang yang lebih luas mengikut hala tuju, arah  gerakan dan tumpuan  pandangan subjek anda.

 

5.    Tarik perhatian orang

  • Ringkas. b.  Bezakan / asingkan bentuknya
  • Bezakan / asingkan saiznya d. Bezakan / asingkan warnanya
  • Bezakan / asingkan fokas f.  Gunakan warna terang.
  • Tonjolkan satu subjek sahaja

 

6.    Komposisi

  •           Ada titik/pusat tumpuan. Formasi segi tiga
  •          Garisan Lengkuk S, C. Rules-of-thirds

 

7.    Sudut pandangan

Sudut pandangan mata – gambar anda selalunya di ambil pada aras mata.  Cuba kita duduk, meniarap,  mendongak, menelentang atau melihat ke bawah seperti helang.  Anda akan terkejut dengan apa yang akan anda temui.

Sudut kamera – cuba anda gunakan lensa sudut luas atau amat luas, lensa telefoto atau super telefoto. Gabungkan dengan sudut pandangan.  Anda akan mengalami satu perspekstif  visual yang berlainan dari apa yang mata anda lihat dari paras satu setengan meter tegak berdiri.

Kanak-kanak, haiwan kesayangan, tumbuhan, alam semula jadi – apa saja sesuai digambarkan demikian.  Yang penting anda berani mencuba.

 

8.    Pembingkaian

  •         Format menegak – umumnya format ini memberikan “dept” . Biasanya potret menggunakan format ini.
  •        Format melintang – umumnya format ini memberikan rasa ruang yang luas. Biasanya kita mengambil gambar dalam bentuk demikian.  Begitu juga pemandangan akan diambil demikian.

Gunakan format ini mengikut kesesuian dan kesan yang anda inginkan. Masukan yang perlu sahaja dalam frem. Gunakan seluruh frem.

 

9.    Beri perhatian tentang latar

  •  Latar depan.- latar depan biasanya berperanan memberikan dimensi 3Datau “dept” kepada gambar atau subjek. Perhatikan agar latar depan ini tidak mengganggu tumpuan.
  • Latar belakang – latar belakang boleh menambah seri atau merosakan visual. Permudahkan latarbelakang subjek anda jika ianya membantu atau kaburkannya kalau ianya mengggangu. Contohnya gambar tukang masak di dapur, tukang kayu, guru dalam kelas dan lain-lain.
  • Gunakan elemen semula jadi untuk membentuk frem kepada subjek kita

 

10. Timbulkan suasana.

Suasana keriangan, ketengangan, cemas, muram dan sedih .  Keadaan ini boleh digambarkan kalau kita teliti dan perihatin.  Anda hendaklah sentiasa bersedia untuk melihat kejadian atau keadaan yang berlaku.  Dalam bahasa Inggeris “the decisive moment”. Gambar-gambar seperti ini biasanya amat berharga kerana ianya tidak akan boleh diulangi lagi.

Gambar anak-anak yang riang bermain, kucing menyapu muka, bangunan yang runtuh isteri yang mengalirkan air mata gembira dan macam-macam lagi.

 

11. Gubah sendiri

Anda dan kamera adalah umpama seorang tukang masak dan rencah-rempahnya , umpaman pemuzik dan skrol muziknya .  Cipta komposisi anda sendiri kerana dalam dunia kreatif tiada peraturan- yang ada panduan sahaja.

0 comments:

Post a Comment