Post Processing
Pemprosesan imej digital ialah satu proses mengubah atau membuat manipulasi ke atas imej/gambar secara digital menggunakan algoritma komputer. Proses ini dilakukan atas tujuan bagi meningkatkan kualiti gambar, mengubahsuai imej ataupun untuk menganalisis imej.
Pemprosesan imej digital merupakan salah satu kategori dalam bidang pemprosesan isyarat digital. Oleh itu ia mempunyai kelebihan yang sama dengan pemprosesan isyarat digital berbanding pemprosesan isyarat analog di mana lebih banyak algoritma dilaksanakan ke atas imej digital di samping mengatasi masalah seperti peningkatan hingar dan herotan isyarat semasa pemprosesan. Pemprosesan imej digital melibatkan imej masukan/input (sebuah imej, satu siri imej ataupun video), proses (algoritma matematik) dan keluaran (imej, satu set ciri-ciri atau parameter berkaitan dengan imej) .
- JPEG ialah satu kaedah pemampatan hilang yang biasa digunakan untuk imej digital, terutamanya bagi imej yang dihasilkan oleh fotografi digital.
- Darjah pemampatan boleh dilaraskan, membenarkan keseimbangan boleh pilih antara saiz storan dengan kualiti imej. JPEG biasanya mencapai 10:1 mampatan dengan sedikit kehilangan dapat dilihat dalam kualiti imej.
- Pemampatan JPEG digunakan dalam beberapa format fail imej. JPEG/Exif ialah format imej yang paling biasa digunakan oleh kamera digital dan peranti tangkapan imej fotografi yang lain; bersama dengan JPEG/JFIF, ia merupakan format yang paling biasa untuk menyimpan dan menyiarkan gambar foto di Jaringan Sejagat.
- Kebiasaannya bila kita tangkap gambar, kamera akan proses gambar yang kita ambik tadi mengikut setting yang ditetapkan di dalam kamera tersebut (white balance, contrast, color mode, etc) dan disimpan sebagai format JPEG.
- Tapi untuk format RAW, gambar yang kita ambil tidak akan diproses atau hanya diproses secara minima (unedited & uncompressed). Sebab itu dinamakan RAW image atau dalam Bahasa Melayu, imej mentah.
- Kualiti imej yang lebih baik setelah di save ke JPEG, berbanding JPEG yang diproses oleh kamera.
- Jika sesuatu gambar terlalu terang atau gelap, anda boleh ubah nilai exposure dan brightness sehingga gambar atau imej menjadi terang tanpa mengganggu kualiti gambar tersebut. Kalau JPEG, noise akan terhasil bila korang cuba nak naikkan brightness sama ada menggunakan tool level atau curve.
- Boleh tukar white balance dalam komputer.
- Saiz fail yang besar iaitu 3 kali ganda dari saiz fail JPEG. Contohnya, kalau kamera anda 10mp, file JPEG yang terhasil biasanya bersaiz 3mb, jadi fail RAW akan bersaiz 9mb.
0 comments:
Post a Comment