Winnie Wong

Winnie Wong
Unit: S1
Major: Bahasa Cina (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

Jenis-jenis filem

Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke atasnya. Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti ASA(American Standard Association), JIS(Japan Industrial Standards), DIN (Deutche Industrie Norme) dan ISO (International Organization of Standardization).


1 Filem Hitam & Putih

Filem ini menghasilkan gambar hitam putih. Filem ini mempamerkan sesuatu yang unik seperti wajah seseorang, suasana yang muram dan seumpamanya. Filem jenis ini juga dibahagikan kepada filem hitam-putih positif dan filem hitam-putih negatif.


2 Filem Warna

Filem warna mudah diperolehi di mana-mana kedai fotografi. Filem warna lebih digemari oleh jurufoto disebabkan dengan fleksibilitinya. Filem warna digunakan untuk menangkap gambar yang seruoa dengan objek yang ditangkap. Filem warna juga boleh menghasilkan gambar hitam putih.


3 Filem Polaroid

Filem polaroid merupakan kepingan kertas gambar yang mempunyai bahan kimia. Semasa mengambil gambar foto, kamera akan mengeluarkan filem polaroid dan digoyang di udara agar bahan kimia bertindak untuk menghasilkan gambar. Filem polaroid sesuai digunakan untuk mendapatkan gambar dengan segera.


4 Filem Slaid

Filem slaid biasa digunakan dalam penerbitan buku atau majalah. Ia digunakan bagi tujuan syarahan dan demonstrasi. Pada masa dahulu, fIlem slaid ini digemari kerana dapat menghasilkan imej yang terang, kontras dan seolah-olah hidup. Namun begitu filem slaid jarang digunakan pada masa kini kerana kemunculan kamera digital.

0 comments:

Post a Comment